Thursday, May 30, 2013

Extra Moist Chocolate Cake

Apa yang nak diceritaan di sini sebenarnya .??
Takda apa yang menarik, sekadar coretan untuk diingat di waktu akan datang.


Apa yg aku lakukan .??  Macam biasa hanya duduk di rumah sepanjang cuti sem ini. Adik sorg di PLKN. Adik sorg lagi sekolah rendah.  Aku yg di rumah ini terkontang kanting mencari udara luar.

Kalau di tempat belajar aku di UiTM Jengka yg tak lahh sebandar dan sekampung sehulu seperti apa yg diceritakan itu, dah pastinya aku akan menjadi aktif, di rumah aku seperti pasif sedikit.  


Tanggal 16 Mei, dengan rasminya lahh aku bergelah Ejen Sah Extra Moist Chocolate Cake (EMCC).  Cake coklat yang sudah setanding Secret Recipe dan lain2 brand terkemuka.
Dan pada hari jugalah, kenalkan.. Business partner aku, Kak Nad .!!! Ngehehehh..
Beliau lahh yg mengajak aku berbusiness begini kerana beliau tau aku ingin berjinak-jinak dalam dunia perniagaan ini. 


Doakan kesuksesan kami yer. :) 

Business Card :)
Untuk tempahan dan lain2.
EMCC Promo :)




Semoga apa yang dilakukan ini dirahmati Allah SWT :) 



Wednesday, May 15, 2013

Teringat UiTM Part 3.

Assalamualaikum..

*Tiup2 habukk yg dah lama bersarang kat blog nehh..*

Lama jugakk ta menaip di blog ini.. Sedar tak sedar dah lama jugak aku duk menapak kat UiTM Jengka tu..
Bkn na cerita apa sgt, tapi tetiba terasa nak menaip ttg kisah2 ajaib, aneh, dan agak2 seram sejukk yg pernah aku rasa.. Bagi aku 2 ni lahh yg aneh yg aku sendiri rasa. 


Kisah 1.

Jeng jeng jeng .. !! Cehh, cam seram sgt ceritanya. Okay, pada suatu hari, persatuan Seketariat Mahasiswa Fakulti dan Majlis Perwakilan Pelajar (2011/2012) UiTM Jengka ada buat BBQ di Bilik UPKB, dekat je lahh dgn bilik MPP. Majlis dimulakan dgn bacaan Doa oleh YDP Amir.  Habis doa, kitorg pun enjoy lahh dgn makanan2 tersebut.  Biasa lahh, ada event mesti lahh ada camera, ada camera, ramai lahh photographer nya kan.  Aku dgn camera aku ni, main amek je gambar sesiapa, random.  Nak dijadikan cerita, aku ni ternampak lahh Kak Ilah dukk sesorg sambil meses dgn siapa tahh, aku pun main snap snap snap je lahh gambar dia, then aku g duduk bergambar ngan org lain, makan2, gurau2 senda semua tu. Masa tu dah pukul 11 malam something cmtu lahh. Tade rasa ape pun masa tu.  Esok tu aku upload la gambar2 kat FB, then ada sorg akak nehh, Kak Nad namanya.  Dia tegur lahh gambar Kak Ilah tu cam ada something blkg tu.  Aku ckp lahh, byg2 biasa je tu, tapi setelah aku selidik, tgk menatapi gambar tu sedalamnya, maka terperanjat giloss aku sebenarnya, bayang2 itu adalah "benda tu".  Hitam, rambut panjang, siap bertanduk, matanya putih putih melati, ecehh.. Selepas itu, tiba2 Abg Amar suruh delete, sbb dia kata takut makan diri nanti.  Aku pun delete je la gamba tu di FB.  Allahu Akbar. 

Kisah 2.

Begini ceritanya, bilik aku aras 1 blok I.  Kira bwh skali lahh kan.  Setiap bilik ada 4 org, tapi bilik depan aku, hanya ada 3 org.  Bilik seblah lagi, tade penghuni(tau jelahh kan nape), seblah lagi bilik air.  Mereka adalah classmate aku.  Nak dijadikan cerita lagi, ada satu hari ni aku g kelas lupa na bawa kunci bilik.  Maklum lahh bz kononnya smpaikan kunci pun tertinggal.  Aku tumpang lahh bilik diorg, bdn rasa penat, slumber badaknya aku naik katil atas tu, sbb na tido, then ternampak Ayat Kursi, tanpa berfikir panjang, tingtong otak masa tu, aku amek lahh, suruh dorg simpan sbb aku na guna katil tu. Then dorg kata camni, "Eh, Azwa turun lahh, tido sini lahh..." Aku jwb, "Alaa.. malas la nak turun, dah naik.." Dia balas balik, "Kau ni, turun je lahh atas tu ade benda alah tu, eishh ..!"  Hahh .. !! Tau pulakk aku nehh menggelupur nak turun, tak payah guna tangga katil tu, terjun terus.  Ninja .!! Yg peliknya, kenapa bilik aku ta rasa apa2, ke aku yg ta rasa apa .??



Titeww tatott .. !! 

Sekian, tu je lahh ceritanya, mmg lahh ta seram pun, tapi itu shja yg pernah aku rasa, lebih dari tu tade ape lagi.. Alhamduillah kuat semangat mungkin .. 

Tuesday, March 26, 2013

Mandari Idol (part 3)

Alhamdulillah, kekalahan dulu ditebus kini..
Dinobatkan sebagai juara Mandarin Idol adalah satu pencapaian tertinggi buat kelas sepanjang sem 1 - sem 3.

2013

Dah march.. Skejapnya masa berlalu.. Esok final dah start..
Aku mengharap final kali ni aku blh buat yg lagi baik dari sebelum ni..
Tapi..
Dgn goyang kaki, ingat blh dapat result bagus ..??
Dgn ngadap lektop 24 jam, ingat blh jawab final dgn bagus ..??

=,=' 

Sunday, November 18, 2012

Istanbul Aku Datang

Isnin 12 Nov.

Pada hari yg tertera di atas, dan tarikh yg juga tertera dia atas.  Aku, dan 3 org lagi member kelua ke AEON Cheras Selatan ntk tgk wayang .!! Dan cerita yg dipilih ialah "ISTANBUL AKU DATANG" ..  Nasib baik lahh dorg ni jenis yg main bantai je tgk cerita ape pun blehh masuk, ada stengah kan cam, "eww, cerita Melayu .?? raya nnt kelua la kat tv.." Sampai bila Melayu nak maju kalau Melayu sendiri yg nak me"layu" bangsa sendiri.  Kan aku dah bising. =,=' K, ini tiket flight kitorg ke Istanbul.  Haha








Aku dengan sorang lagi feeling abis lahh tgk cerita tu, jap gelak, jap sedih.  Haihhh, ta stabil mood tgk cerita tu.  Yg lagi dua org tak tau lahh ape dorg scene sedih pun gelak, scene kelakar lagi la gelak kemain .!!  

Ni pulakk antara tisuue yg digunakan untuk mengelap air mata kalau nangis lahh..

Subway dan Tuttti Frutti sponsor tissue =,='
hahaa .!
Ingat na amek tissue KFC, Mcd pe sume but ta sempat.


Siapa yg ta tgk lagi tu, serious kne tgk jugak .. !! Tak payahh tanya best ke tidak, kalau dah disuruh tgk tu maknanya paham2 je la.  Kalau ta best ta hadenya na promote kat sini.  Part paling klaka aku rasa masa Lisa takut kucing.  Dia mmg takut kucing eh .??? Ade sesiapa tau, tolong la jwb. Haha  Na tgk lagi skali, eh bukan.. Na tgk lagi bnyak kali ..!!!!!!!!!!! 

Pengajaran: Jangan terlalu percaya dengan kata-kata indah manusia kerana ada antara 

                  mereka, langsung tak maksudkannya. :) 

Sekian, terima kasih.

Bagai sebuah cerita... Aku dan dia...
Bermula hanya matanya yang mempersona..


Wednesday, November 14, 2012

Maal Hijrah 1434

               1 Muharram 1414, bersamaan 21 June 1993.  Sekarang 1 Muharram 1434, bersamaan 15 Nov 2010.  Alhamdulillah, mengikut kalendar Islam, dah genap lahh 20 tahun aku ni.  Mengikut kalendar Masihi, baru 19 tahun.  Macam mana tahu bday ikut kalendar Islam .?? Mak sy lerr bagi tau.  Jadinya, kalau anda anda anda na tau bday ikut kalendar Islam ni, pegi tanya mak ayah yerr, mana la tau dorg tau kan.  Tak pun, g carikk kat google. Type tarikh lahir ikut Masihi tu.  Then pandai2 la carikk. Ta dapat denn na menolongnya.  

               Semoga tahun baru hijrah ni membawa kita ke arah kebaikan, semoga Allah S.W.T dekatkan kita dengan org2 yg dekat dgn-Nya, semoga Allah S.W.T dekatkan kita dgn sifat mahmudah dan jauhkan kita dari sifat2 mazmumah.  Amin.


  • Doa Akhir tahun, pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.
  • Doa awal tahun, pada selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam.

Saturday, November 10, 2012

Sem 2 (result)

PERHATIAN .!!!
Entry kali ini boleh dikatakan panjang juga teksnya.
Dan boleh dikatakan bnyak gambar.
Jika malas, tgk gamba saje.
Jika malas lagi, tayahh idup la =,='








RALAT .! Bukan 15 Nov, tapinya 9 Nov. 2012. Tarikh yg dinantikan oleh semua siswa siswi UiTM, termasuklah aku.  "Ku jadi tidak tentu arah, sejak memikirkan ttg result, oh jika okayy, Alhamdulillah ku ucapkan.." Haha .! Sukati tuka irik lagu Lepaskan (Wana) nehh.  Na mula cerita dari mane tahh ni aku pun ta tau da.  Cuma na cakap, gamba bwh ni, menunjukkan aku study last punya last minit. =,=




Cute enough .!! Hahh ..! Lebih kurang gini lahh caranya.  Lagi2 CTU, dgn sejarah dia, ta cukup buku sdiri, amek slide rmate.  Konon lahh slide tu ringkas an, whew .!  Hampehh, samo jo.  Tanpa membuang mse, kini, tiba lahh mse ntk check result.  Okay, ni contoh reaksi aku sewaktu check.  



"Harapan, harapan menjadi laaaayuuuu..." hahaa. Apakah keputusannya ..?? *ldrumroll*  Nantikan episod seterusnya ..!! Hahaa..!! Alhamdulillah ..  
Masih mengharap yg terbaik ntk next sem.  Bersyukur dgn apa yg dpat. :) 


*bajet berucap cam ABPBH*

    Bersyukur pada Allah dgn rezeki yg diberikan ni, special thank you to mak abah kat rumah, *ececehh* .. Terima kasih kpda lecturer smua, yg penah ngajar secara langsung maupun tidakk.  Dan yg slalu menyokong sy. Terima kasih :) 





Yg kurang, jgn putus asa, Allah ta ta suka umatnya berduka, apakah dgn bersedih boleh mengubah keadaan ..? Apakah dgn bersedih boleh memberikan apa yg kamu mahu ..?? *cakp kat diri sdiri*  Huhh .! Lagi satu, ingat yer, Allah pandang pada usaha kita.  Kalau usaha ta disertakan dgn doa pun ta lehh gak. 

Sepertimana kisah seekor burung kecil yang hanya membawa air yang sedikit dengan paruhnya demi untuk memadamkan api yang marak menyala yang sedang membakar nabi Ibrahim. Walaupun ia sedar usahanya itu pastinya tidak akan mendatangkan sebarang hasil, namun yang pasti ia tidak perlu takut seandainya ditanya oleh Allah kelak tentang apa yang dilakukan olehnya untuk menolong nabi Ibrahim.

Tapi .!! Kalau da usaha pun ciput, na lebih lebih, silakan.. anda da boleh tampar diri sdiri da cite dia. =,=' contoh: Blaja stakat dlam kelas dan hnya bila ade kuiz/test/final, tu pun last2, dah tu na 4flat bagaii, over sgt la an cite dia. *aku la nehh*  Ilmu bukan pada pointer. :) 

Huhh .!! Kan da bnyak ckap nehh ..!! =,=   

Yg lebih, bersederhana lahh krn Allah bila2 masa je boleh tarik balik rezeki tu.. *cakp kat diri sdiri jugakk*  Ta semestinya selamanya di atas, ta semestinya kemenangan berpihak selamanya.  Ta perlu banding2 an diri sendiri dgn org lain, yg perlunya, bandingkan diri sendiri dgn diri sendiri yg silam2.  Menjadi lebih baik atau menjadi lebih riak ..?? Bandingkan yg itu. :)

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah:" 286]

Sekian, sy melaporkan ntk Buletin qwertyuiop TV10.


p/s: Keep calm, and pray.

Wednesday, October 31, 2012

Things I Want Right Now


BETTER GRADES
15 Nov.  Keputusan final exam (UiTM).  Macam2 rse ada nehh.  Takut, cuak, gementar, semua lahh.  Mcam2 persoalan bermain dlam fikiran ni.  Pointer tahh naik atau turun ta tau lahh.  Mengharapkan maintain atau naik sahaja. >_<’  Jgn lahh jatuh.  Mungkin org akan ckp, “alaa, boleh tu lulus punya, kau boleh buat an..”  Yeah, thanks for that.  Ckp mmg senang bila org ta tau apa yg sbenarnya kita nak.  Memang aku nak lulus, mmg semorg na lulus, tapi aku nak lebih dari lulus.  Inshaallah….  Dah usaha, tawakal je lahh.  Usaha dengan doa, itu restu ilahi.

A GOOD RELATIONSHIP WITH MY PARENTS
Alhamdulillah, ini ta menjadi masalah apa2 krn sememangnya hubungan kekeluargaan ini
memang baik, lebih dari lebih baik.  Terima kasih ya allah.. :)

SOMEONE IN MY SCHOOL  COLLEGE WHO COULD UNDERSTAND HOW I FEEL
“Everybody needs somebody to understand him/her even if she/he is hardly to understand people..”  Ade lebih kurang satu dua je yg memahami.  Aku lagi suka bercakap dgn org yg dekat dgn aku.  Kadang2 rse na spend time luahkan smua ni.  Tapi aku kne tau dorg ade masalah dorg sdiri.  The efficient way is, amek wudhu’, bentang sejadah, pakai telekung, solat..  Ini lebih baik. Inshaallah :)

THE STRESS OF COLLEGE TO DISAPPEAR
“Overthinking ruins everything that’s not there in the first place..”
Bila semua melihat aku lebih dari aku, Bila semua rasa aku boleh jadi lebih dari aku, Bila semua percaya pada kebolehan aku, Bila cinta kini ta lagi bermakna.. Yg ku rasa kini… Ehh ?? *tetiba*  Di situ lahh wujudnya harapan mereka.  Dan di situ juga lahh wujudnya ke-stress-an aku nehh ntk study. =,=’  Bkn stress ntk study sbenarnya, tapi stress bila pk boleh atau ta boleh penuhi semua harapan tu. =,=’  Lagi satu, aku stress ngan KO yg ta perlu ade dah sbenarnya. Kat skolah je sudah la. =,=’





p/s:  Semoga Allah memberi aku kekuatan untuk terus menempuh dugaannya, semoga Allah mudahkan segala-galanya... 



Wednesday, October 24, 2012

Finding A family (Movie Review)

Based on a true story about a kid, Alex Chivescu.  His mom has bipolar and is in and out of the hospital and so he finds himself a foster family and graduates high school to attend Harvard University. 



Aku mencari benda lain kat youtube, tapinya ini yg aku jumpa.  Jadi tanpa melengahkan masa, aku tgk je lahh movie ni sbb tajuk dia cam best.  Aku tak kira aku reti bercerita atau tak, aku tetap nak cerita jugak kat sini.  Bila tgk cerita ni aku berfikir sejenak, "kenapa dan macam mana budak yg bermasalah, yg bnyak tekanan perasaan boleh selalu excel dalam pelajaran sedangkan budak yg ta bermasalah dan ceria ta boleh excel cam budak yg bermasalah tu ..???  Tgk movie ni, aku rasa bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T yg mengurniakan aku keluarga yg aku ada sekarg ni. Alhamdulillah :) 

          Alex Chivescu, tinggal dgn mak dia yg berkelulusan PHD sejak dia kecik lagi tanpa bapanya.  Masa dia kecik2, mak dia ckp kat dia, "Education is like a magic key to open any door, with it, anything is possible."  Dia janji ngan mak dia yg dia akan ke Harvard University. 
  
          Tidak lama kemudian, kwn baik mak dia bagi tau yg mak dia mengalami kemalangan kereta.  Dan disebabkan itu, mak dia susah nak bekerja.  Mak dia perlu menjalani rawatan dan berulang alik dari rumah ke hospital.  Alex perlu mencari keluarga angkat untuk meneruskan impiannya untuk ke Harvard University.  

          Sampai satu masa, dia diterima oleh Mr. and Mrs. Bante.  Dia stay ngan keluarga nehh sampai lahh dia abis high school dan berjaya ke Harvard University.  

          Sekian, untuk selebihnya sila lahh tgk sendiri.  Family value is everything. 



Quotes:

1. "Education is like a magic key to open any door, with it, anything is possible."

2. "When my mother was taken away from me, i felt alone, abandoned, and i was terrified that i'd never see her again."

3. "A month without my mom felt like a lifetime."

4. "Even when i was home with my mom, it often felt like she wasn't really there."

5. "I'm a good kid with a bad circumstance."

 6. "They hardly know me, i mean, how could they love me?"

7. "Eventho i haven't seen you in a long time, i want you to know i think about you a lot, and i miss you."

8. "I just want you to know that whatever i’ve becme, whatever i’ve achieved, it’s because of you. I love you mom."




Mom, I LOVE YOU.



Monday, October 22, 2012

"We Did Our Best"

Friday, 6th Oct. 2012. 5:15 p.m.

Aku g tau seseorg nehh ckp dah abis paper.  Awal pulakk an aku kelua, paper abis pukul 5:45, pukul 5 aku kelua da.  Aku tak suka check banyak2 kali.  Da smpy bilik, kosong.. Dalam pukul 5:15, aku g tau dia paper da abis pe sume, suruh dia amek balik buku dia.  Dia dah kelua dewan lebih dari 5:45 tu baru di-reply-nya.  Dia suruh simpan je.  Okay then.  Simpan je lahh.  Lepas tu, ade je aku ckp takut lahh pointer jatuh pe bagaii sume, serious sem nehh punya takut lain dari sem lepas.  Aku ta tau lahh da nape aku tetiba bercerita sal study aku kat dia.  Katanya, "da usaha an, tawakal je, insyaallah, we did our best .!!"  Mungkin senang bagi dia sbbnya bolehh diakatakan cemerlang.  Aku tahu ini dari dua org yg berbeza.  Tapi aku terfikir kan bagus kalau dari awal2 dia bagi kata2 semangat ke apa2 ntk aku tak payahh fikir semua benda ni.  Bagi aku pun, rezeki masing2.  Tak perlu nak persoalankan siapa lebih siapa kurang sbb Allah maha adil.  Dah selesai sume nehh, ape yg aku kne buat,doa je lahh ntk yg terbaik sem nehh.  Thank you.  


Saturday, October 20, 2012

Memahami, mempercayai ...


Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda.
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.

Fikir semula, kenapa kita fikir ramai orang tak faham kita? Kenapa kita je yg selalu nak kena faham orang?  Tak adilkan kalau kita je yang selalu nak faham orang.  Hati sendiri terluka.  Tapi pernah ke kita fikir kenapa orang susah nak faham kita?  Jarangkan?  Kita akan fikir orang yg tak faham dgn kita sedangkan diri sendiri pun masih terkontang-kanting untuk memahami kehendak sendiri. 
Kadang2 kita rasa kita dah sangat mengenali orang tu, kononnya kita tahu sangat apa yg dia suka, apa yg dia tak suka, kononnya kita kenal luar dan dalam.  Kadang2 kita rasa takde yg lain lagi yg faham dia.  Kita tak tahu yg sebenarnya Allah SWT lagi faham dia.  Atau kita tahu, tapi buat2 tak tahu?  Mungkin?





Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda.
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.

Allah, keluarga, dan kawan.  Kepercayaan bagi aku, perkara paling penting dalam setiap perkenalan, pertalian, dan perhubungan.  Yang mustahaknya, hubungan dengan Allah SWT, sebabnya hubungan dengan Allah SWT mempengaruhi hubungan dengan yg lain.  Orang boleh menyayangi tapi ta semua boleh mempercayai.  Kenapa susah sgt untuk percaya dekat orang lain terutamanya kawan?  Tak payah nak contoh jauh2, tgk diri sediri sudah.  Contoh, aku.  Aku susah nak percaya orang, mungkin bila timbul rasa nak percaya tu, ada lahh something yg membuatkan kepercayaan tu terhakis.  Kadang2 aku susah nak percaya kat org bukan sebab salah diorang, tapi aku sendiri susah nak percaya dgn diri sendiri.  Kalau jawpn dalam quiz, test, exam apa semua, tanyalah berapa bnyak kali aku tuka jwpn?  Dalam percakapan aku, tanya lahh apa pun, jawpn aku mesti diakhiri dgn perkataan “KOTT” .





p/s : Banyak kekurangan ..





Tuesday, October 9, 2012

Menangis

Penat, baru lepas jawab exam, makanan dah dibeli tapi hanya mampu melihat tanpa ada selera makan. Mak suruh makan, cakap nnt sikit lagi makan la. Tapi sebenarnya tak makan2 pun lagi. Maaf :(

Bukan selalu takde selera tapi bila dah takde tu tau lahh sebab ape. Bukan sebab exam, bukan sebab final, bukan sebab carry mark. Tapi hati ni.............entah. Ya allah, tenangkan hati ku. 

Bilik yang selalu meriah ni kini suram krn semuanya balik rumah, gap lama. Aku yg hanya ditemani Anje, hanya berbual kosong gitu shj. Aku capai laptop, dengan niat online sekejap shj, tapi tgn gatal g bukak blog sana sini.

Aku baca blog seseorg ni yg ada dalam contact list (BBM) ni. Entry pertama baca, aku sedih, aku seakan faham apa yang dia rasa. Tapi aku tak mampu untuk faham sepenuhnya. Penat cover daripada bia an air mata ni jatuh, akhirnya menitis juga. Timbul rasa nak balik, rasa rindu, semua lahh. Aku bukan mintak apa, tapi mungkin apa aku mintak ni keterlaluan, aku cuma nak semuanya macam dulu, macam masa part one. Aku tak boleh paksa, kerana paksaan kadang2 membawa pada sandiwara. 




Aku capai sony xperia albino kesyg aku tu, terus taip mesej, dan send kpd DD, masa menaip tu pun menangis lagi sebenarnya, nasib ade spongebob peneman yg setia sejak aku dari sekolah lagi. Malah, masa menaip entry ni pun aku masih lagi tersedu-sedu, mujur sorg rmate da kelua g jawab exam. Aku tiba2 terngiang waktu tengah gembira2 semua tu, adakah itu untuk aku atau terpaksa? Biarkan saje. Lagi difikir, lagi menjadi-jadi. 





p/s: "Yang indah jadikan kenangan, yang luka perbetulkan..."

Thursday, September 27, 2012

Stay


Guess what am I thinking ..?? I’m thinking that you’re leaving after knowing all of my bad stories, all of my dark sides. Hey you, little did you know that I need you here .?? Stay with me ..?? I know, I’m hard to handle, I’m ego but I am who I am.  Please don’t leave.  Stay and correct me if I’m wrong.  

Will you stay ?
Even if it hurts
Even if I try to push you out
Will you return ?
And remind me who I really am
Please remind me who I really am

Everybody's got a dark side
Do you love me ?
Can you love mine ?



p/s: Don't run away, don't run away, just tell me that you will stay, promise me you will stay.