Thursday, May 5, 2011

KPLSPM Interview



Nampak benda kat atas tu, mari bercerita tentang temuduga yang baru saya pegi pagi tadi. Khamis, 5 Mei 2011. pagi2 buta tu, dalam pukul 7 cam tu bertolak g Putrajaya. Dalam 7.30 - 7.45 tu dah sampai la. Tunggu cousin sekali sebab dia pun dapat jugak ;) tp dia dapat Sejarah (SK) lahh. Saya dulu apply BI(SK) dgn BM(SK), yg dapat BM, tape la, at least dapat ;) Masa dapat text dari kementerian, waktu tu pukul 2.33 pagi !!!!!!!!!!!!!!! ngantuk. berapa jam je prepare ape2.

Kita pendekkan cerita, mula2, kami buat UJIAN INSAK. Apa itu ujian INSAK ? ujian ni untuk sahsiah diri. Ada 135 soalan, perlu dijawab dalam 30 minit. Alhamdulillah, saya sempat buat semuanya, tapi... perghh ! macam ade satu soalan trick, jadi, saya stuck dalam beberapa saat kat soalan tu. Memang takde masa langsung nak tengok jawapan org seblah. hee. Ingat yer, pastikan kertas OMR tu dihitamkan semua, lagi2 bahagian IC. Kertas OMR ni bkn macam SPM punya yer, kita kena manual. ;) Autograf jgn lupa yer! tandatgn lahh tu ;)


Okay, beralih pada bahagian 2, GROUP AND INDIVIDUAL INTERVIEW. Anda akan diberikan kumpulan, nanti dia panggil masuk dalam bilik yang dah ditetapkan untuk anda semua. Saya tadi dalam bilik tu ada lahh dalam 6-7 orang. CUMA SORANG JE LELAKI !!!!! bia kan dia. Sebanarnya tadi individual interview tu tade la face2face sgt dgn penemuduga tu, sebab kami dalam kumpulan. MAKNANYA< kena berhadapan dgn budak2 lain. ;) 
First sekali untuk INDIVIDUAL INTERVIEW dia akan :


- minta anda perkenalkan diri. 
(yg ni jgn la panjang2 sgt yer! cerita nama, keluarga sikit2, masa tunggu keputusan SPM buat apa, dan lain2, tapi sikit sahaja yer).

- minta anda untuk menyatakan perasaan bila dah tawu kena interview.
(TOLONG LA INGAT, perasaan dalam dunia ni, banyak ! jadi jgn ambil perasaan yg dah diambil oleh orang lain, hahhha, pelik an bunyiknya ? camni, kalau ada orang dah kata "saya gembira", jgn lahh amek "gembira" tu lagi. Amek la bersyukur ke, ape2 lagi).

minta anda menunjukkan bakat.
(pilih bakat yang betul2 anda ada, jangan kelentong maa ! sebab dia akan suruh tunjukkan bakat dalam bilik tu, depan budak2 lain, depan dia jugak. Masa saya di-interview, ada lelaki ni kata " saya pernah mewakili Silat ". Amek kau, dia kena bersilat. ! " saya pernah jadi wakil kawad kaki ". Perghh ! kawad la kau kat situ. hahahh !  )

- minta anda menjawab soalan yg secara tiba2, suka2 hati dia je nak kasi apa.
(HOW CAN YOU PROMOTE YOUR HOMETOWN ? haa, saya suka sangat sebab saya jadi orang last untuk jwb ape2 je soalan ;) . tak tawu nak promote mana satu, last last, saya cakap ahh pasal D'Paradise, Tg Bidara sume tu. cakap cemana nak promote tempat2 tu.  "KALAU DIA TANYA SOALAN IN ENGLISH, JAWAB IN ENGLISH JUGAK ! kalau tak tawu apa istilahnya ckp cam ni "what we call it ?", "what people call it ?", atau perkataan yg sewaktu dgnnya. paham yer adek2 ;)

okay, kalau untuk GROUP INTERVIEW pula, dia akan kasi 1 kertas, baca kertas tu, JANGAN CONTENG dan paham kan, alahh, soalan dia macam soalan SPM jugak, yg nampak susanya sebab kita dah dgr jawapan orang lain. Saya dapat soalan "Manfaat dari penggunaan ICT dan kenapa perlunya ICT ". Jawapan kpd kedua2 soalan ni mungkin lebih kurang sama, tapi huraikan la panjang sikit. SIKIT je, jgn lebih2 nak tunjuk pandai plakk dalam bilik interview tu. jgn sampai dia kata "okay, kindly let the rest speak out their opinions." ada kalanya bila penemuduga ckp cam ni,maksud dia "budak ni bole tahan jugak", ada kalanya mungkin ada penemuduga yg bermaksud "budak ni lebih2 plakk, kasi la budak lain bercakap". Kesimpulannya, cakap bnyak bia yg ada isi dan jangan terlalu banyak okay.

Baca lahh jugak tentang isu-isu semasa. Mana la tawu dia tanya ke, kena tawu jugak la nama menteri semua. Masa saya di-interview, dia tak tanya, alhamdulillah, nasebb baik ! haha. Macam saya dgn sepupu saya ni, budak2 dalam bilik dia kena tanya pasal isu semasa, tapi tak ditemuduga dalam BI. Saya pulak, ditemuduga dalam BI tapi tak ditanya tentang isu semasa. NAMPAK TAK PERMAINAN DIA ??? ;)




p/s : GOOD LUCK ;) untuk sesiapa yang yg akan mengahadiri temuduga untuk apa2 course pun. ;)