Thursday, September 27, 2012

Ego


          Aku ego, yer. EGO. Aku selalu tak ambil kisah tentang org yang ambil berat pasal aku. Aku selalu fikir diri aku sendiri je. Aku tak tahu mana intan, mana emas, mana permata. =,= Aku tak tahu nak hargai orang2 yg dekat dengan aku. Bagi aku, kalau dia tak start the converstation tu dulu, maknanya dia dah lupakan aku padahal aku sepatutnya tahu lahh kenapa dia tak start dulu, sepatutnya aku tahu lahh kenapa dia lain ke apa ke. Bukan terus-terusan menghukum cakap itu ini.  Dan seharusnya aku yg bertanyakan dulu kenapa, apa masalahnya. Tapi kerana ego, aku diam. Dan tahu tak, bila diam aku itu pun sebenarnya hanya menyakitkan aku ..??


          Aku EGO. Aku melenting bila ada sesetengah pihak meluahkan rasa tak puas hati.  Padahal aku cuma merungut pada diri sendiri, bukannya aku marah bila ditegur.  Aku EGO, sebabnya bila aku nak tanya khabar pada seseorg yang aku anggap penting, pada seseorang yg aku rasa rapat, niat aku tu terbatal dengan meikirkan, “kalau diorang nak cakap dengan aku, diorang akan buat, tak payah tunggu aku tanya.,”  Seharusnya aku perlu tahu kadang2 mereka juga pk hal yg sama.  Tapi kerana ego, walaupun aku pk semua tu, aku diam lagi. Tahu tak, diam aku kali ini membuatkan aku risau tentang org2 tersebut.  Diam aku kali ini membuatkan aku risau kalau2 diorang perlukan seseorg ntk meluahkan rasa hati, tapi aku takda ntk diorang. Tapi, ego skali lagi memenangi pertaruhan ini.


           Aku EGO. Aku jarang cakap pada seseorg tu apa yg aku rasa. Walaupun aku sayang, aku diam. Walaupun aku rindu, aku diam. Walaupun aku benci, aku diam. Dan mungkin itu yang susahnya tak dapat nak bezakan sama ada aku suka atau benci.


           Kadang2 ade je rasa nak cakap semuanya kat sini siap mention nama terus, biar org2 tersebut tahu apa aku rasa tentang mereka. Lain orang lain cara aku layan. Kenapa .?? Hipokrit .?? Tak, bukan hipokrit, bukan berat sebelah. Tapinya sebab ada banyak hati yang perlu jaga. Mungkin org akan tanya dah tahu ada bnyak hati kena jaga, kenapa layanan yang diberi lain2 ..?  Waktu itu, aku hanya akan jawab, sebabnya aku layan org tu berdasarkan cara dia melayan aku juga. Kalau dah sepatah ditanya, sepatah dijawab, apa masih perlu lagi ke aku teruskan perbualan itu sedangkan aku dah tahu dia terpaksa melayan .?? Kadang2 aku rasa semua orang melakukan sesuatu perkara itu kerana terpaksa. Terpaksa ntk menjaga hati, terpaksa ntk mendapatkan sesuatu. Terpaksa. Semuanya terpaksa. Mungkin hanya aku yang berfikiran kurang matang seperti ini.