Tuesday, August 2, 2011

Tak Puasa

HAAAAA ! ni mesti ingat aku tak puasa kan ? bukan la, puasa okay. haha. ni nak bagi tawu kepada siapa2 yg tak bole nak puasa tu, tolong2 lahh orang kat dapur tu sediakan makanan. Kalau kita tak puasa, tp sediakan makanan untuk orang yg berpuasa, kita dapat pahala sama macam orang yang puasa jugak taw. Hebatkan Islam ??




Ini status ilmiislam.


Jangan bersedih jika didatangi haid di dalam Ramadan wahai saudariku.Kalian juga boleh mendapatkan pahala puasa pada hari kalian 'uzur'.Bagaimana caranya?iaitu dengan menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa.


"Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
Justeru anak-anak dara yang didatangi haid jangan bermalas-malas,bantulah ibu-ibu anda menyediakan makanan berbuka.Buat para wanita yang sudah bersuami/berkeluarga.Sedia​kanlah makanan berbuka buat suami/keluarga dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas."




SALAM RAMADHAN