Bukan selalu takde selera tapi bila dah takde tu tau lahh sebab ape. Bukan sebab exam, bukan sebab final, bukan sebab carry mark. Tapi hati ni.............entah. Ya allah, tenangkan hati ku.
Bilik yang selalu meriah ni kini suram krn semuanya balik rumah, gap lama. Aku yg hanya ditemani Anje, hanya berbual kosong gitu shj. Aku capai laptop, dengan niat online sekejap shj, tapi tgn gatal g bukak blog sana sini.
Aku baca blog seseorg ni yg ada dalam contact list (BBM) ni. Entry pertama baca, aku sedih, aku seakan faham apa yang dia rasa. Tapi aku tak mampu untuk faham sepenuhnya. Penat cover daripada bia an air mata ni jatuh, akhirnya menitis juga. Timbul rasa nak balik, rasa rindu, semua lahh. Aku bukan mintak apa, tapi mungkin apa aku mintak ni keterlaluan, aku cuma nak semuanya macam dulu, macam masa part one. Aku tak boleh paksa, kerana paksaan kadang2 membawa pada sandiwara.
Aku capai sony xperia albino kesyg aku tu, terus taip mesej, dan send kpd DD, masa menaip tu pun menangis lagi sebenarnya, nasib ade spongebob peneman yg setia sejak aku dari sekolah lagi. Malah, masa menaip entry ni pun aku masih lagi tersedu-sedu, mujur sorg rmate da kelua g jawab exam. Aku tiba2 terngiang waktu tengah gembira2 semua tu, adakah itu untuk aku atau terpaksa? Biarkan saje. Lagi difikir, lagi menjadi-jadi.
p/s: "Yang indah jadikan kenangan, yang luka perbetulkan..."