Thursday, February 9, 2012

Kem Kesat (Gunung Senyum)


Waowwwwwhhhh !! Cuma nak ckp yg Kem Kesat memang terbaikk ah. Lepas test mat, 10:30 pm tu betolak g Gunung Senyum. Best nyerr dalam bas karok lagu Ku Tak Akan Bersuara, bnyak lagi ah tp aku ngn jass tido. Ngantukss suda.

Hari Pertama
Sampai sana lepas da bagi kumpulan, da makan apa bagai, dalam kul 12am tu buat jalan lasak kott namanya, jalan dikelilingi hutan. takutt ! untung la dapat kumpulan satu. Kitoang main game Buaya Biawak la, nyanyi lagu Barisan Telur la apa bagai sampai la dalam kul 3 kott, enta la tak tawu sebab jam adalah barang larangan. Pastu komander kasi barang larangan. Iaitu.. MANCIS ! adoihh cemana la nak jage mancis sbatang uh, last2 letak dlm stokenn ! 

Hari Kedua
Aktiviti pagi start ngan aerobik, taichi dan tarian Ayumi. Serius best gilakk tarian Ayumi tuhh. Lepas senaman, sarapan, pastu dgr ceramah Ikhtiar Hidup dari kul 8 lebih kott sampai lahh kul 1pm. Memang sronokk la kan dgr menda alah tu. Lepas makan tgh hari and lepas solat zohor kitoang ber-climbing rock. oyeahh! Yang ni memang serius sakett perut aku glak tengok dorang main menda alah tu, yg aku ni pun tak biasa ngan menda menda alah ni jadi aku pun agak terkial-kial guna menda alah tu. Malam pukul dlm pukul 9 smpy 11 test tali. Dalam pukul 1.30am tu kott kitoang nightwalk, hamek kau ! Jerit smpai satu gunung dengar.

Hari Ketiga
Pagi tu aktiviti aerobic yg terakhir. huhu. sadissnya! Lepas tu g sarapan, lepas sarapan masuk gua. oyeahh ! Ini la yg dinanti2 kan. Ada satu gua ni batu dia bentuk sebuah keluarga, ada mak ayah, ada baby. Sweet ! Tp kadang2 menggerunkan. Ada jugak dalam satu gua ni ada satu lubang yg dikatakan hnya orang2 yg berhati suci je dapat melepasi lubang tu, aku lepas ah jugak masuk lubang tu tapi jgn percaya plakk. Kita org islam kann. Hati suci ke tak ke Allah je yg menilai. And ! Ada lagi satu gua ni luar ni ada pokok couple, semua berdua je dan sekitar kawasan tu sgt kemas, paham2 je la siapa yg jaga.  Okay, bnyak jugak gua kitorang masuk. Sronok ! Pastu lunch, komander mintak maap kalau ter-over pastu dah, balik !!! oyeahh oyeah!